Berapa Kos Pasang Plaster Ceiling? (Panduan Bajet 2025)
Kalau anda sedang rancang untuk pasang plaster ceiling di rumah, soalan pertama yang pasti muncul:
“Berapa kos dia sebenarnya?”
Jawapan dia: bergantung. Tapi jangan risau – artikel ni akan bantu anda faham bagaimana kos plaster ceiling dikira, anggaran harga semasa tahun 2025, dan tips untuk kawal bajet.
Apa Yang Tentukan Harga Plaster Ceiling?
Kos plaster ceiling boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor utama:
Jenis design – flat, L-corner, U-shape, tray ceiling, island
Keluasan ruang – dikira dalam kaki persegi (sqft)
Ketinggian siling – makin tinggi, makin kompleks kerja
Jenis lighting dan wiring tambahan
Kemasan akhir – cat, cornice, jointing halus atau biasa
Lokasi projek – kos upah berbeza ikut kawasan
Harga Anggaran 2025 (Harga Biasa di Lembah Klang)
Jenis Plaster Ceiling | Anggaran Harga |
---|---|
Flat ceiling biasa | RM5.50 – RM8.00 per sqft |
L-box design | RM15.00 – RM25.00 per foot run |
Nota: Harga termasuk material dan upah, tapi tidak termasuk lighting dan wiring melainkan dinyatakan.
Contoh Bajet Untuk Ruang Tamu
Saiz ruang: 12' x 15' = 180 sqft Design: Flat. Harga anggaran: RM8.00/sqft x 180 = RM1,440
Kalau tambah downlight (contoh 10 biji):
Downlight wiring + install: RM80 x 10 biji = RM800
Anggaran total: RM2,240
Tips Jimat Bajet Tapi Hasil Masih Cantik
Buat hanya di ruang utama (ruang tamu, foyer)
Pilih design simple seperti single-side L-box
Elak buat terlalu banyak layer atau bentuk pelik
Gabung kerja plaster ceiling dengan kerja lain (contoh wiring atau cat sekali jalan)
Perlu Survey Banyak Kontraktor?
Ya – tapi bukan sekadar tengok harga. Pastikan juga:
Tengok hasil kerja sebelum ni (boleh tengok di IG @balaireno)
Tanya jenis material yang digunakan (gypsum board, plasterboard?)
Confirm jadual kerja, jangka masa siap, dan kaedah pembayaran
Penutup: Bajet Realistik = Hasil Memuaskan
Plaster ceiling bukan sekadar hiasan. Ia beri impak besar pada suasana dan ‘feel’ rumah. Dengan bajet yang realistik dan design yang sesuai, anda boleh transform rumah tanpa perlu renovate besar-besaran.
Kalau nak tahu berapa kos untuk rumah anda, boleh terus hubungi team Balai Reno untuk cadangan ikut bajet.
Ruang yang selesa bermula dari atas – siling yang cantik, rumah pun rasa lengkap
Comments
Post a Comment