π Jenis Siling Kapur Untuk Rumah Teres & Apartment
Siling kapur, atau lebih dikenali sebagai plaster ceiling, bukan setakat nak sorokkan wayar, ia adalah sentuhan seni dalaman yang mampu ubah seri rumah daripada kosong dan biasa, jadi lebih kemas, selesa dan bergaya.
Tapi bila nak mula pasang, ramai pemilik rumah terfikir satu soalan:
“Jenis siling kapur mana paling sesuai dengan rumah aku?”
Jawapannya bergantung pada jenis rumah, keluasan, bajet, dan gaya yang anda suka.
πΈ Siling Rata – Ringkas Tapi Tetap Kemas
Untuk rumah yang kecil seperti apartment atau flat mampu milik, flat design adalah pilihan paling praktikal. Ia hanya lapisan papan yang rata, menutup permukaan kasar slab konkrit dan dalam masa yang sama sorokkan wiring lampu. Bajet rendah, pemasangan cepat, dan hasilnya tetap kemas.
Tip: Nak naikkan seri? Tambah cornice simple.
πΈ L-Box & Drop Box – Bagi Nampak Dimensi
Kalau anda tinggal di rumah teres atau apartment bersaiz sederhana, siling jenis L-box dan drop box bagi kesan kedalaman. Rekaannya macam bertingkat — ada bahagian turun naik. Bila ditambah LED strip light tersembunyi, ruang tamu terus nampak moden dan “hidup”.
Ramai guna design ini di ruang tamu, bilik tidur utama dan kadang-kadang di dry kitchen.
πΈ Siling Curve – Untuk Gaya Mewah
Nak efek grand? Siling bentuk cruve atau bulat sesuai dipasang di tengah-tengah ruang makan atau hall. Ia beri impak visual yang menarik dan klasik, terutamanya bila digabung dengan chandelier.
Design ni memang sesuai untuk rumah semi-D atau banglo, tapi ada juga pemilik apartment besar yang berani cuba.
πΈ Panel Siling – Kemas & Tersusun
Siling berbentuk grid, atau panel ceiling, sesuai kalau anda suka susunan simetri. Ia banyak digunakan dalam bilik kerja atau ruang pejabat rumah. Gaya nampak korporat tapi tetap boleh disuai padankan dengan interior moden.
πΈ Service Access – Untuk Servis Atas Siling
Satu lagi jenis penting tapi selalu dilupakan: siling akses aka manhole. Ia nampak macam biasa, tapi ada satu atau dua ‘pintu servis’ untuk technician buka kalau nak tengok wiring, paip aircond atau saluran tersembunyi.
Kalau rumah anda banyak split unit aircond, wajib pertimbang siling jenis ni. Senang nak servis tanpa tebuk.
π° Harga & Bajet – Berapa Nak Kena Standby?
Kos pasang plaster ceiling bergantung pada design, keluasan, dan kemasan. Secara umum:
Siling rata: RM5 – RM7 per kaki persegi
L-Box / Drop Box: RM15 – RM20 per kaki
Kos termasuk barang, cat dan upah. Tak termasuk kerja-kerja wiring, pasang lampu/kipas dan lain-lain.
π Jadi, Mana Satu Sesuai?
Kalau rumah kecil – pilih siling rata, tambah L-Box sikit dah cukup cantik.Kalau rumah besar – boleh mainkan struktur bertingkat dan lighting untuk nampak eksklusif.
Kalau nak bajet jimat – buat siling penuh hanya di ruang tamu, tempat lain cukup siling rata sahaja.
Comments
Post a Comment